top of page
Search

"Khasiat & Kelebihan Mengamalkan Nasi Beras Perang Terhadap Kesihatan"

Updated: Apr 10, 2019

Mengikut pakar pemakanan beras perang lebih nutrisinya berbanding beras putih.  Bagi pesakit diabetes kurangkan pengambilan nasi putih adalah solusi terbaik. Beras perang juga adalah pilihan yang lebih baik buat pesakit diabetes. Namun seperti juga beras putih, kurangkan kuantiti makanan yang diambil. Lebihkan sayur-sayuran dan kawal diet. Tetapi apa yang bagus sangat tentang beras perang ni?

Ianya Tinggi Kandungan Selenium

  • Beras perang kaya dengan selenium yang dipercayai dapat mengurangkan risiko penyakit seperti barah, penyakit jantung dan artritis. Selenium adalah mineral penting yang berupaya meningkatkan imuniti dan ketahanan badan.

Beras Gaba Kaya Dengan Mangan

  • Secawan beras perang memberikan 80 peratus keperluan galian mangan (manganese) tubuh kita.Ia membantu tubuh melaraskan lemak serta memberi kebaikan kepada sistem reproduktif (kesuburan) dan saraf.


MERANGSANG PENURUNAN BERAT BADAN

  • Kandungan fiber dalam beras perang memelihara usus kerana ia membantu proses penghadaman. Ia tambahan pemakanan diet yang baik bagi mereka yang mahu melancarkan penghadaman. Beras perang menjadikan kita cepat kenyang, bila mudah kenyang pasti jumlah yang dimakan pun jadi kurang.


ELAK RISIKO SAKIT JANTUNG & KOLESTEROL

  • Beras perang dikatakan sebagai bijirin penuh kerana ia tidak kehilangan zat penuhnya melalui proses penapisan ‘refining’. Bijirin penuh sudah terbukti dapat mengurangkan pembentukan plak di arteri dan dengan itu mengurangkan risiko penyakit jantung dan tinggi kolestrol.



Beras Gaba Kaya Anti-Oksidan

  • Inilah satu lagi rahsia khasiat beras perang. Selama ini kita cuma kaitkan anti oksidan ini dengan buah-buah beri atau sayur-sayuran. Memang hebat kapasiti anti oksidannya sehebat dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.

Tinggi Kandungan Fiber

  • Ia kaya dengan fiber dan termasuk dalam senarai makanan yang diyakini boleh mengelakkan kanser usus. Kandungan fiber dalam beras perang adalah tinggi. Jadi ia melawan elemen yang boleh menyebabkan kanser dan juga toksin dalam tubuh. Secara langsung ia menghapuskan elemen ini daripada melekat di dinding usus.

Membantu Menstabilkan Paras Gula Di Dalam Darah

  • Beras perang membantu menstabilkan paras gula darah, ini menjadi sumber makanan yang baik untuk pengidap diabetes. Kajian menunjukkan mereka yang makan satu setengah cawan beras perang boleh mengurangkan risiko mendapat diabetes sebanyak 60% berbanding jika memakan nasi putih.

Sesuai Dijadikan Sebagai Makanan Bayi


  • Bijirin beras perang boleh dijadikan makanan bayi kerana padat dengan nutrisi semulajadi dan kandungan fiber. Ia menjadi pilihan yang lebih baik berbanding dengan beras/nasi putih yang telah melalui proses penggilapan.Membantu proses tumbesaran bayi dan kanak-kanak yang memerlukan diet yang kaya dengan dengan kandungan nutrisi.


 
 
 

Comments


Post: Blog2_Post

Subscribe Form

Thanks for submitting!

011-33042168

©2018 by Cuckoo Sungai Petani.

bottom of page